5 Senarai Tempat Makan Best Di Negeri Sembilan Yang Anda Patut Terjah






Sekiranya anda melancong bersama keluarga atau rakan2 tersayang, mengikuti rombongan Cik Peah atau datang ke nogori ini atas urusan kerja ke sini dan tercari-cari lokasi tempat makan yang enak dan berbaloi dengan wang ringgit, biar kami mudahkan kerja anda dengan menyenaraikan 5 tempat makan yang harus anda kunjungi di Negeri Sembilan.

1. Mama One Stop Bakery & Cafe

Orang Negeri Sembilan jika tak tahu pasal Mama One Stop Bakery & Cafe memang pelik. Cafe yang popular ini menawarkan pelbagai jenis menu memikat selera untuk memnuhi citarasa individi yang berlainan. 

Jika anda adalah si penggemar bakeri terutamanya donut, mereka ada tawarkan. Begitu juga masakan Barat, Melayu dan pelbagai jenis pencuci mulut adalah yang terbaik di sini. 

Kami sarankan anda cuba mee kari cafe ini. Percayalah ini mungkin mee kari paling best pernah anda makan. Jangan lupa juga pekena  donat2 dekat sini (macam-macam flavor ada saiz besar & saiz mini).

Menu lain juga tidak kurang enaknya di Mama One Stop Bakery & Cafe. Anda harus cuba nasi lemak telur dadar dan side dishes, meat ball 10 biji + kuah blackpepper + jem strawberry  + mash potato dan salad yang super yummy.


Lokasi : Kg Sentosa, Paroi, Negeri Sembilan






2.  Restoran Negeri

Jika semalam anda ke Mama One Bakery & Cafe, apakata hari ini terjah Restoran Negeri di Seremban. Di sini makanan yang anda wajib cuba adalah Nasi Briyani Gam dia. Ayam madu mereka sangat sedap, lembut dan juicy. Serius lepas makan nak cuba lagi. Selain popular dengan Nasi Briyani Gam, restoran ini juga popular dengan roti canainya. 

Dikatakan restoran ini adalah restoran yang paling lama ditubuhkan di kawasan itu dan sudah pon hampir menginjak ke 40 tahun pembukaannya. Walaupon begitu servisnya tetap tip top. Roti canai siap cepat dan mempunyai tempat duduk yang menyediakan air-cond. Fuhhh.


Datanglah ke Restoran Negeri jika anda mengidam nasi briyani dan kami jamin pasti tidak mengecewakan.






3. Haji Shariff Cendol

Anda mungkin sudah kekenyangan untuk memakan makanan berat sepanjang berjalan-jalan di Negeri ini. Jadi apakata anda cuba pencuci mulut pula di petang hari setelah penat bersiar-siar. Haji Shariff Cendol menawarkan menu pencuci mulut yang pasti mengiurkan sesiapa sahaja yang bertandang. Anda pasti rambang mata nak pilih pelbagai jenis perisa cendol. Antara menu yang wajib anda order di sini ialah cendol pulut, cendol jagung dan rojaknya yang memang kaww dengan harga yang sangat berpatutan.

Kerana rasa cendolnya yang cukup lemak manis dan tasty!, jadi kebiasaannya ramai yang beratur untuk membeli cendol Haji Shariff ini dan ianya selalu laris terjual dengan cepatnya, jadi dinasihatkan datanglah cepat-cepat ke kedai ini sebelum anda terlepas untuk merasai kenikmatan cendol Haji Sharif ini.


Lokasi : 44, Jalan Yam Tuan, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan







  4. Mee Udang Pakar Paroi

Kedai ini amat terkenal dengan mee udang dan kuey teow udang nya. Minumannya pula ialah air janda pulang ori dan coconut lamban ori yang mana bagi mereka yang menetap di kawasan itu dan menjadi pelanggan setia gerai ini pasti akan memesan menu ini setiap kali mereka bertandang ke sini.

Kedai ini dibuka dari pukul 11.00 pagi sehinggalah jam 10.00 malam pada setiap hari Selesa hingga Khamis. Manakala pada hari Jumaat hingga Ahad pula, ia beroperasi lebih lewat iaitu sehingga jam 11.00 malam.

Lokasi : Pasar Komuniti & Caravan (PAKAR) Paroi,KM 12 Jalan Seremban Kuala Pilah, 70400 , Seremban,Negeri Sembilan.








5. King's Char Kuey Teow

Lokasi terakhir yang kami ingin kongsi ini adalah bagi si peminat kuey teow. Ia tempat makan kuey teow yang paling femes di kawasan ini yang terletak di Port Dickson. Kami sarankan anda cuba Kuey Teow Udang, Kuey Teow Ketam dan Kuey Teow Kambing di sini yang mana sangat sedap, lembut serta sangat segar seafood yang digunakan. 

Hidangan Char Kuey Teow dari KING’SCKT disediakan dengan bahan-bahan yang segar lagi bersih serta kuey teownya yang lembut dan disaluti dengan telur bagi menambat selera diadun dengan kuah yang pekat, berkilat dan pada kuey teow..ANDA PASTI MENGHIRUP KUAHNYA

Menu lain yang anda boleh pilih adalah Chicken Chop Pillaf, Lamb Chop dan nasi goreng udang yang amat yummy. Jangan salahkan kami jika anda ketagih untuk makan di sini semasa kunjungan ke Negeri Sembilan. 

Lokasi : 402, 4, Jalan Pantai, Si Rusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.










Kami jamin anda tidak akan menyesal berkunjung ke salah satu daripada 5 tempat makan paling best di atas. Samada masakan temapatan tradisional Melayu atau barat, anda pasti berpuas hati dengan menu yang yang ditawarkan servis para perkerja yng kami beri 5 bintang. Enjoice!

Comments

Popular Posts