11 Tempat Makan Di Melaka Wajib Cuba!
Selain kaya dengan tapak warisan bersejarah yang unik, Melaka juga
menawarkan bermacam-macam tempat makanan yang menarik dan semestinya
untuk si food hunter di luar sana. Ayuh mulakan food hunting di
Melaka dengan 11 tempat makan yang kami sediakan ini!
1. MELAKA FOOD TRUCK PARK
Ini antara pilihan tempat makan di Melaka yang terbaru di perkarangan Melaka Mall. Ada 10 Food truck yang akan beroperasi
dekat sini dan yang menariknya dekat situ adalah ada persembahan santai buskers!, wahh seronoknyer so
sambil2 korang makan tu bole la korang enjoy sekali tgk persembahan dorang.
Antara pilihan makanan yang korang boleh di sana adalah:
· La Famiglia Pasta
· N’licious Taco
· Kebab Melawati
· Cendol Durian Bachang
· 8th Street Coffee & Burger
· Time Out Coffee
· Nasi Ayam Penyet
· Mirarichgold (Meehun Sup)
Alamat: Food Truck Park, Melaka
Mall, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka.
2. MEE BESEN
Mee besen ni
adalah antara pilihan makanan yang unik dekat Melaka. Ia digelar Mee besen
sebab portionnya yang besar. Tapi jangan takut kalau tak boleh habis,
boleh pilih saiz hidangan yang lain macam kat bawah ni.
Saiz S: RM6.00 (1–2 orang makan)
Saiz M: RM10.00 (2–3 orang makan)
Saiz L: RM15.00 (3–4 orang makan)
Selain mee besen, makanan ala2 western pon ada jual dekat
sini antaranya chicken chop, spaghetti, meatball & fries and macam-macam lagilah! Pendek kata xrugi datang sini!
Alamat: PNo 17, Jalan PNDD 1, Pusat Niaga
Durian Daun
Waktu Operasi: 3:30petang – 10:00malam (Hari
Isnin tutup)
3. CENDOL JAM BESAR
Selain
menikmati panorama bangunan lama Jonker Street, korang jugak boleh beralih
angin dan nikmati cendol di tengah-tengah mercu tanda bersejarah Melaka ni.
Kedai cendol ni berhadapan dengan Bangunan Merah di tepi Sungai Melaka. Ada
macam-macam jenis perisa cendol yang korang boleh pilih. Antara yang korang
patut cuba kalau datang dekat sini adalah cendol durian, cendol ais-krim, and
cendol pulut, serius patut cuba!
Menurut
mereka, kedai ini dibuka sejak 1952 dan merupakan antara kedai cendol paling
lama di Malaysia!
4. BIG BOWL ICE
Lepas penat
jalan2 pusing Melaka dengan terik matahari, kalau dapat ais parut mesti best.
So korang bolehla kunjungi Big Bowl Ice untuk cuba pelbagai perisa ais
parut yang dihidangkan dengan pelbagai jenis buah-buahan segar, kekacang dan puding. Dekat sini ais parut dia ada bermacam2 perisa seperti durian, mangga,
susu, teh hijau dan macam-macam lagi.
Anda pasti akan rambang mata dengan
pelbagai pilihan yang ada di kedai ini. Semuanya sedap-sedap! Selain itu,
keistimewaan kedai ini ialah anda boleh minta supaya ais parut dihidangkan
dengan sukatan yang sangat besar.
Yang paling besar ialah untuk 30 orang
makan! Sebab itulah namanya ‘Big Bowl Ice’. Mat Dan pun pernah kunjungi kedai
ini tau! Anda bila lagi?
Alamat: 11, Jalan Kota Laksamana 1/2
Waktu
Operasi: 12 tengah hari – 12 malam
5. EAT CANTEEN
Di Melaka (terutamanya di kawasan Bandar Hilir) memang ada
banyak kafe, tapi tidak semuanya yakin untuk makan di sana kerana ragu-ragu
dengan status halalnya. Jadi, kalau korang berkunjung ke Melaka, singgahlah ke
Eat Canteen. Ia diusahakan oleh orang Melayu dan menawarkan citarasa
menarik serta ambience ala hispter. Kafe ini menyediakan
pelbagai menu gabungan Western dan Asian yang membuka selera.
Alamat: No.34 Jalam PM3, Melaka
Waktu Operasi: 6 petang – 1 pagi
6.
COFEOLOGY BUKIT BERUANG
Cofeology Café & Restaurant adalah satu lagi kafe milik anak
tempatan yang mempunyai asmosfera yang menyegarkan dan cukup unik.
Dengan senarai hidangan makanan Western dan selera tempatan,
harga dekat sini jugak amat berpatutan. Antara hidangan signature di
sini adalah Nasi Lemak Bonda dengan harga serendah RM3.80 sahaja!
Selain itu, kafe ini
juga sangat sesuai untuk menyambut harijadi kerana terdapat bermacam-macam
seleksi kek dan hidangan pencuci mulut yang cukup sedap. Kalau korang
bernasib baik, dekat sini juga terdapat persembahan akustik pada hari-hari
istimewa.
Alamat: Lot 21 &
23, Ixora Condomunium, Jalan Bukit Beruang, Bukit Beruang, 75450 Bukit Beruang,
Melaka, Malaysia
Waktu Operasi: 9pagi –
11malam (Isnin & Selasa), 9pagi – 12.30malam (Rabu – Ahad)
7. TASTE BETTER CREAM PUFF
Peminat cream puff pasti teruja untuk merasai cream
puff ini. Menggunakan 100% bahan yang disahkan halal, cream
puff berintikan durian atau yogurt ini boleh dijumpai di
Jonker Walk dan Dataran Pahlawan. (Ia juga mempunyai banyak lagi outlet di
seluruh Malaysia seperti Sunway Pyramid dan Bukit Indah Jusco).
Satu gigitan sahaja sudah membuatkan anda jatuh cinta.
Isinya yang penuh dan berkrim pasti menambat hati anda.
Alamat: 96, Jalan Hang Jebat, 75200
Melaka, Malaysia
Waktu Operasi: 9 pagi-10 malam
Facebook: TasteBetter.my8. TRULY TWO CAFE
Korang boleh cuba pelbagai jenis hidangan dessert di sini.
Antara tarikan utamanya ialah waffle dan penkek bersama aiskrim Magnum dan
hidangan sofistikated lain sepertisizzling brownies dan milkshake pelbagai perisa!
Memang cantik mata memandang hidangannya pasti membuatkan
anda mahu mengambil gambar berkali-kali!
Alamat: No. 9, Jalan PNBB 2, Pusat
Niaga Bukit Baru, Seksyen IV, Mukim Bukit Baru
Waktu Operasi: 12.00 tengah hari – 10.30malam
Facebook: Truly
Two Cafe
9. CENGKERANG SHELL OUT, KOTA LAKSAMANA
Ini adalah salah satu tempat makan menarik yang agak baru di
Melaka di mana ia mengutarakan adalah trend makan makanan laut yang ditaburkan
di atas meja atau shell out.
Dengan harga serendah RM 38.80, anda boleh memilih pelbagai menu
seafood mengikut citarasa anda. Ianya semestinya segar dan lazat. Terletak
di Kota Laksamana, ia semestinya mesti dicuba oleh peminat seafood tegar!
10. MEDAN IKAN BAKAR CRYSTAL BAY, ALAI
Kalau datang ke Melaka, memang tak sah kalau tak cari ikan bakar. Medan
Ikan Bakar Alai atau Cystal Bay ini adalah salah satu tempat makan di Melaka
yang boleh anda kunjungi untuk mendapatkan pilihan seafood yang segar dan lazat.
Dalam kawasan
medan selera ini, terdapat beberapa buah warung dan antara yang terkenal adalah
Haji Nasir Ikan Bakar dan Mukmin.
Alamat: Crystal Bay, Sungai Punggur, Alai,
Melaka
Waktu
Operasi: 6 petang- 12 malam
Apapun, berkunjung ke Melaka pasti tidak akan membuatkan korang kelaparan malah pastinya korang semua akan kekenyangan daripada pagi sampai petang. Enjoice the food!





























Comments
Post a Comment